Wednesday, March 25, 2009

::DIMANA CANTIKNYA WANITA::

"Wanita menunjukkan kecantikan dan kejelitaan mereka dalam berbagai-bagai cara.Inilah yang terjadi pada wanita zaman dahulu dan zaman sekarang. Sedangkan Allah telah meminta wanita dalam keluarga Nabi seperti isteri-isteri dan anak-anaknya tidak melakukan pendedahan aurat seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliah".

Firman Allah SWT bermaksud :
"Dan hendaklah kamu tetap di dalam rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang jahiliah......"-Al-Ahzab : 33

Menurut Qatadah, wanita jahiliah berjalan dengan gaya yang ghairah dan mempersonakan. Cara mereka menarik perhatian adalah dengan meletakkan kain selendang diatas kepala tanpa mengikatnya sambil memain-mainkan rantai-rantai dilehernya, subang dan perhiasan-perhiasan yang lain dengan aksi yang menggoda serta bebas bergaul dengan kaum lelaki.

Oleh itu wanita Islam hendaklah mempunyai keperibadian yang tersendiri. Gaya wanita jahiliah tidak sepatutnya menjadi ikutan. Tatatertib dalam Islam yang sebenar yang dituntut terhadap wanita Islam untuk menjauhkan diri daripada perbuatan menunjuk-nunjuk seperti berikut :

* menundukkan pandangan. Sesungguhnya semulia-mulia
perhiasan wanita adalah kesuciannya dan cara menunjukkan kesuciannya ialah dengan menundukkan pandangan seperti firman Allah SWT yang bermaksud : "Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangannya," -An-Nur : 31

* Jangan bergaul bebas dengan lelaki sehingga anggota mereka bersentuh atau lelaki menyentuh wanita seperti yang biasa berlaku kini dalam bilik kuliah di universiti, di dalam bas dan seumpamanya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud : "Adalah lebih baik bagi salah seorang daripada kamu daripada diketuk dengan tukul besi yang tajam dikepala daripada menyentuh wanita yang haram bagi kamu menyentuhnya."

* Pakaian yang dipakai oleh wanita hendaklah selaras dengan apa yang telah ditetapkan oleh hukum syarak seperti berikut :

1) Pakaian hendaklah menutup seluruh badannya. Melainkan yang kelihatan dari zahir yang mengikut tafsirannnya muka dan tangan.

2) Pakaian yang dipakai janganlah yang dibuat daripada kain yang jarang, yang boleh membayangkan susuk badan daripada sebelah dalam pakaian tersebut. Sabda Nabi bermaksud : "Antara penghuni-penghuni neraka ialah wanita yang memakai baju tetapi masih bertelanjang, menggoda dan digodai. Mereka ini tidak akan masuk syurga malah bau syurga pun tidak akan sampai kepada mereka."

3) Pakaian tidak boleh terlalu ketat. Hingga menunjukkan potongan badannya terutama sekali dibahagian badan yang montok seperti bahagian dada, pinggang, punggung dan sebagainya walaupun pakaian yang dipakainya itu tidak jarang.

4) Wanita tidak boleh memakai pakaian yang dibuat khas untuk lelaki.

5) Tidak boleh meniru pakaian wanita bukan Islam kerana Islam mempunyai ciri-cirinya sendiri dari segi penampilan diri, kepercayaan dan sikap. Sabda Nabi SAW bermaksud ; "sesiapa meniru sesuatu bangsa lain,maka ia adalah bangsa itu"

6) Wania Islam berjalan dan bercakap dengan penuh hormat, sopan dan tegas, mengelakkan diri daripada menunjukkan wajahnya persis seorang penggoda. Bergurau senda dan telatah menggoda adalah perangai wanita yang rosak moralnya. Sifat ini tidak layak dimiliki oleh wanita Islam seperti firman Allah SWT bermaksud : "janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja(semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya(menaruh tujuan buruk kepada kamu)......"-Al-Ahza:32

7) Tidak menarik perhatian lelaki dengan perhiasannya yang tersorok, memakai bau-bauan, menggoyang atau memainkan perhiasannya atau perbuatan seumpamanya. Firman Allah SWT bermaksud : "dan janganlah menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan"-an-Nur:31. Wanita jahiliah menghentakkan kaki apabila berjalan dihadapan lelaki agar gelang kakinya akan berbunyi dan didengari serta menarik perhatian lelaki dan menaikkan nafsu mereka juga dilarang. Sabda Nabi SAW bermasud : "seorang wanita yang memakai bau-bauan lalu berjalan di khalayak ramai itu merupakan seorang penzina."

Cantik, jelita dan cerdiknya wanita Islam itu ketika di luar rumah apabila mereka berpakaian menutup aurat, menjaga batas pergaulan, berpengetahuan, berakhlak mulia dan seumpamanya. Sesungguhnya perintah berpakaian menutup aurat adalah untuk menyedarkan wanita Islam bahawa mereka adalah wanita beriman dan bukanlah wanita yang biasa merayau-rayau di jalanan untuk menunjukkan kecantikan mereka kepada orang lain.

Saturday, March 21, 2009

::10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna::

1) Bangunlah sembahyang apabila saudara mendengar azan,walau bagaimana keadaan sekalipun.

2) Bacalah al-quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik,ataupun amalkan zikrullah dan jangan sama sekali saudara menggunakan masa untuk perkara yang tidak berfaedah.

1) Bangunlah sembahyang apabila saudara mendengar azan,walau bagaimana keadaan sekalipun.

2) Bacalah al-quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik,ataupun amalkan zikrullah dan jangan sama sekali saudara menggunakan masa untuk perkara yang tidak berfaedah.

3) Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa arab yang betul kerana ia adalah syiar islam.

4) Jangan banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak akan memberi apa-apa faedah.

5) Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6) Janganlah banyak bergurau kerana para pejuang tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh.

7) Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana ianya sia-sia malah menyakiti hati orang lain.

8 ) Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah berkata-kata melainkan yang memberi kebaikan.

9) Berkenal-kenallah dengan saudara muslim yang saudara bertemu dengannya sekalipun dia tidak meminta untuk berkenalan kerana asas gerakan dakwah kita adalah perkenalan dan berkasih-sayang.

10) Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada ,oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri ,maka ringkaskanlah pelaksanaannya.

::KUCARI CINTA::

Apakah yang sebenarnya yang bermain dimata dan pikiran...
Berfikir sejenak apakah sebanar disebalik mencari cinta....
Cinta yang bagaimanakah yang kuharapkan...
Adakah cinta ynag sejati atau cinta yang hakiki..

Cinta yang sejati cinta pada manusia...
Cinta yang hakiki cinta pada ynag maha Esa..
Cinta pada manusia memerlukan kesabaran..
Cinta pada tuhan memerlukan keimanan dan ketaqwaan...

Cinta pada manusia ada batasan..
Cinta pada tuhan ada pegangan..
Cinta pada manusia hanya sementara..
Cinta pada tuhan kekal selamanya..

Cinta pada manusia hanya didunia..
Cinta pada tuhan didunia dan akhirat..
Dimanakah cinta Kita?????
renung-renungkan & selamat beramal...

Friday, March 20, 2009

::SEBELAS MANUSIA DIDOAKAN MALAIKAT::

1- Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
2- Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
3- Orang yang berada di saf hadapan solat berjamaah
4- Orang yang menyambung saf dalam solat berjamaah
5- Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' selepas imam selesai baca al-fatihah
6- Orang yang duduk ditempat solatnya selepas melakukan solat
7- Orang yang solat asar & subuh berjamaah
8- Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
9- Orang yang meninfakkan hartanya
10- Orang yang sedang makan sahur
11- Orang yang melawat orang sakit

Thursday, March 19, 2009

ISLAM IS THE RIGHT WAYS