Friday, June 18, 2010

::Menjiwai Akhlak Rasulullah SAW::

Muhammad SAW, rasul kita yang mulia mendapat pujian Allah. Kerana ketinggian akhlak beliau sebagaimana firmanNya dalam Al Qalam ayat 4. bahkan beliau SAW sendiri menegaskan bahawa kedatangannya adalah untuk menyempurnakan akhlak yang ada pada diri manusia, “Hanyalah aku diutus (oleh Allah) untuk menyempurnakan akhlak.” (HR.Ahmad).

Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu seorang sahabat yang mulia menyatakan : “Rasulullah SAW adalah manusia yang paling baik budi pekertinya.” (HR.Bukhari dan Muslim). Dalam hadits lain anas memuji beliau SAW : “Belum pernah saya menyentuh sutra yang tebal atau tipis lebih halus dari tangan rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam. Saya juga belum pernah mencium bau yang lebih wangi dari bau rasulullah SAW. Selama sepuluh tahun saya melayani rasulullah SAW, belum pernah saya ditegur perbuatan saya : mengapa engkau berbuat ini ? atau mengapa engkau tidak mengerjakan itu ?” (HR. Bukhari dan Muslim).

Akhlak merupakan pengukur kesempurnaan iman seorang hamba sebagaimana telah disabdakan oleh rasulullah SAW : “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya.” (HR Tirmidzi, dari abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, diriwayatkan juga oleh Ahmad. Dalam riwayat Bukhari dan Muslim dari Abdillah bin amr bin Al ‘Ash radhiallahu ‘anhuma disebutkan : Sesungguhnya sebaik-baik kalian ialah yang terbaik akhlaknya.”