Thursday, May 6, 2010

::SELAMAT HARI IBU::


for my lovely mother...thankz to all

::MANHAJ DAKWAH::

1. Takrif Manhaj

Takrif manhaj (minhaj) mengikut bahasa bermakna: jalan yang jelas terang (الطريق الواضح) .
Firman ALLAH SWT:) Maksudnya) "…bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan yang terang.." (Al-Maidah: 48)

Manakala manhaj dari segi istilah bermakna: sejumlah peraturan dan perancangan yang mempunyai objektif untuk melakukan perubahan.

2. Takrif Dakwah

Makna dakwah dari segi bahasa:
دَعَا يَدْعُو دَعْوَةً داعٍ (الداعي) مَدْعُو
دعا إلى عقيدته: بشَّر بها < دعا إلى الإسلام >
Maka dakwah juga dengan makna (النداء) : Seruan atau panggilan.
Dalam bahasa Melayu juga dakwah bermaksud: kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan.

Dakwah yang kita maksudkan ialah: Dakwah kepada ALLAH, firman-Nya:
(Maksudnya) "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku menyeru kepada (agama) ALLAH dengan keterangan dan bukti yang jelas nyata," (Yusuf; 108)

Yang dimaksudkan dengan dakwah kepada ALLAH ialah seruan kepada agama Islam.
(Maksudnya) "Sesungguhnya agama (yang diredai) disisi ALLAH hanyalah Islam." (Ali 'Imran: 19)

(Iaitu) Agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW daripada Tuhannya SWT. Maka Islam adalah maudhu' (isi kandungan) dakwah dan hakikatnya, dan ianya adalah asas pertama bagi dakwah.

Dr. Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya Usul ad-Da'wah telah membahagikan dakwah itu kepada 3 asas atau unsur. Pertama: Maudhu' dakwah; iaitu Islam. Kedua: Da'ie (pendakwah). Ketiga: Mad'uu (golongan yang ditujukan dakwah). Walau bagaimana pun, melalui kertas kerja ini kita hanya akan membicarakan mengenai dakwah menyeru manusia agar beriman kepada ALLAH.
Kertas kerja yang daif ini cuba untuk mengemukakan secara ringkas satu manhaj dalam berdakwah. Iaitu dakwah menyeru manusia supaya beriman kepada ALLAH. Ianya bukanlah kata pemutus dalam setiap perkara yang diketengahkan cuma sekadar satu suluhan mudah-mudahan ia akan memberi manfaat kepada kita semua.