Saturday, December 12, 2009

::Mas Kahwin @ Hantaran????::

Adalah patut selangor menaikkan mas kahwin rm300....mas kahwin bukan satu isu yang perlu di pertikaikan tetapi wang hantaran yang patut di pertikaikan oleh masyarakat kita kerana ia satu beban kepada bakal pengantin lelaki untuk mendapatkan wang yang ditentukan oleh pihak keluarga pengantin perempuan. sehingga ada bakal pengantin lelaki yang sanggup berhutang dengan bank semata-mata hendak mendapatkan wang hantaran...adalah tidak patut membebankan bakal pengantin kerana setelah berkhawin mereka jugalah yang akan menaggung hutang bank yang dipinjam untuk memenuhi wang hantaran yang ditetapkan oleh keluarga pengantin perempuan tersebut....Oleh itu mesyarakat kita patut sedar bahawa wang hantaranlah yang membebankan pihak pengantin lelaki untuk melangsungkan perkhawinan...mas kahwinlah yang merupakan lambang kasih sayang pengantin lelaki kepada wanita yang bakal dikahwini itu tapi bukan kepada berapa banyaknya wang hantaran.... wanita sekarang perlu menjelaskan perkara ini kepada keluarga mereka kerana Islam tidak mengajar umatnya menyusahkan orang lain untuk melakukan sesuatu kebaikan....memadailah dalam menetapkan wang hantaran sekadar yang pihak pengantin lelaki mampu kerana bakal pengantin tersebut akan menjadi sebahagian keluarga pengantin perempuan setelah berkhawin.... Adakah kita ingin melihat anak dan menantu kita hidup susah disebabkan membayar hutang bank yang dipinjam untuk memenuhi wang hantaran perkhawinan tersebut..... Fikir-fikirkanlah.....