Thursday, November 19, 2009
::tazkiyatu al-nafsi::
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang difikir menentukan apa yang akan dicapai.
Wednesday, September 16, 2009
Sunday, August 16, 2009
::SALAM RAMADHAN::
Alhamulilah..bertemu kembali kita dengan bulan yang mulia Ramadhan Al-Mubarak, semoga ramadhan kali ini memberikan kita seribu keinsafan untuk kita lebih lagi mendekatkan diri kita kepada Allah SWT...jika kita pernah membuat kesilapan maka jadikanlah ramadhan kali ini sebagai wasilah untuk kita bertaubat dan menginsafi kembali segala kesilapan kita yang lalu...InsyaAllah, sama-sama kita pohon perkenan dari Allah SWT agar segala dosa yang kita lakukan samaada secara sedar atau tidak mudah-mudahan akan diampunkan Allah SWT...dan marilah kita berdoa pada bulan yang mulia ini agar dihindarkan negara kita dari wabak selsema babi yang kian menular dan menghantui kita....AMIN YA RABBAL ALAMIN
Sunday, August 9, 2009
::AL-FATIHAH::
seorang junior sy yg sy anggap seperti sahabat sy telah pergi menyahut panggilan Ilahi, beliau adalah mohd firdaus azmi...seolah2 baru sahaja sy berjumpa dengan arwah, tp ternyata Allah lebih sayangkn dia...teringat sy suka duka sy bersama arwah, jika sy hadapi tekanan dalam belajar arwah lah tempat sy menenangkn hati...terasa tenang bila bersama arwah kerana dia selalu suka bergurau dengan sy, masih byk perkara yg ingin arwah lakukan bila sy mendengar keinginannya... bila sy melihat gambar arwah air mata sy akan keluar terkenang kisah lama bersamanya, byk suka duka sy bersama arwah...yang sy tak dapat lupa ialah kata2 akhir yang masih tergiang ditelinga sy bila arwah kata ingin sedekah brg2 yg dia tinggal dirumah sy...ternyata Allah lebih tahu ajal arwah, sejak sy kenal arwah tidak pernah sekali pn dia sakitkn hati sy, dan sy bangga dengan arwah kerana dia ada kekuatan dalam penampilannya dengan pakaian yang lain dari orang, InsyAllah.. sy tak akan lupa jasa dan kenangan arwah hingga hujung nyawa sy.
Thursday, July 23, 2009
::NIKMAT ALLAH SWT::
Lemahnya Iman kita takkala Allah menguji dan menduga keimanan kita kepadaNya... adakah kita mampu untuk memberikan sedikit kesyukuran pada nikmat yang Allah berikan kepada kita pada saat ini, cuba kita renungkan nikmat Allah pada diri kita yang lemah ini seperti nikmat makan dan minum, nikmat tidur, nikmat belajar, nikmat paling besar iaitu hidup dan sebagainya....tapi bayangkan jika Allah menarik nikmat-nikmat itu, adakah kita masih lagi kuat untuk menempuhi kehidupan kita, oleh itu sentiasalah kita bersyukur pada Allah swt atas nikmat-nikmat yang diberikan kerana kita tidak tahu bila kita akan menutup mata buat selama-lamanya, lihatlah pada solat kita, ibadat kita, keikhlasan kita.....buat teman dan sahabatKU
Sunday, June 14, 2009
::Tazkiyatu al-nafsi::
Medan dakwah merupakan satu lapangan yang luas selari dengan objek dakwah yang dibawa oleh para rasul iaitu agama Islam. Justeru itu para duat selaku juru dakwah mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar dalam rangka menyalur dan menyampaikan risalah dakwah dengan lebih terarah dan terencana. Oleh itu pemahaman yang mendalam dan mendasar mengenai “Fiqh Dakwah” adalah perlu agar penyebarluasan risalah ini mencapai tahap yang maksimum.
PEMAHAMAN FIQH DAKWAH
Fiqh dakwah merupakan cantuman dua rangkaikata iaitu Fiqh dan Dakwah. Setiap kalimah mempunyai maknanya tersendiri.
FIQH : Mengetahui (tahu) dan memahami (faham).
DAKWAH : Seruan kepada sesuatu iaitu galakkan melakukan sesuatu.
Dakwah ilallah : Seruan kepada beriman kepada Allah Taala dan beriman dengan apa yang dibawa oleh para rasul dengan membenarkan segala perkhabaran yang dibawa, patuh dan tunduk dengan segala titah perintah Allah Taala dan meninggalkan segala larangannya, justeru agama Islam merupakan agama penamat, syumul dan lengkap.
Ini bermakna dakwah ilallah ialah seruan untuk tunduk dan patuh kepada agama Islam secara keseluruhannya (total). Meyakini Islam adalah agama yang benar, yang dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yang diwahyukan oleh Allah Taala sebagaimana firmanNya :
(Surah Fussilat : 43) Maksudnya : Yang tidak datang kepadanya (Al Quran) kebatilan baik dari depan dan belakangnya, yang diturunkan dari Allah yang maha bijaksana lagi maha terpuji.
KEWAJIPAN MENYAMPAIKAN DAKWAH
Sesungguhnya kewajipan menyampaikan dakwah Islamiah merupakan satu tuntutan secara syar’ie. Kewajipan ini tertanggung di atas bahu umat Islam tidak mengira tua atau muda, lelaku mahupun perempuan, kecil atau besar, samada pemerintah atau rakyat jelata secara khususiah atau umum. Tuntutan ini mesti direalisasikan mengikut kadar keupayaan diri, berdasarkan kemampuan tenaga dan darjah kemantapan iman serta rasa sensitiviti terhadap realiti umat Islam di samping iklim persekitaran masyarakat yang dilingkunginya.

Wednesday, May 13, 2009
::CINTA?????::
Apakah erti cinta kpd manusia????
sebelum kita mencari cinta lebih baik kita mencari ilmu, kerana dengan ilmu kita dipandu kepada cinta yang hakiki.....
Perlukah kita bercinta????
Islam tidak mengajar kita bercinta... cinta dalam Islam hanya kepada Allah swt, tapi cinta dalam istilah retorik barat bererti berpasangan antara bukan muhrim tanpa ikatan yang sah yang disulami dengan kemungkaran...
Cinta satu keperluan????
ramai remaja sekarang mengangap bercinta adalah satu keperluan...tanpa segan silu melakukan kemungkaran kepada Allah, dimanakah maruah diri mereka hingga tiada lagi rasa malu didalam diri mereka...dimanakah cinta mereka kepada Allah
Dimanakah cinta kita????
Renung-renungkan dan selamat berfikir.....
"Ya Allah...jauhkanlah aku dr fitnah dunia...tetapkanlah iman dan cintaku kepadaMU....jauhkanlah aku dari maksiat dan kemungkaran...payungilah aku dengan keimanan....selimutilah aku dengan ketaqwaan....moga aku sentiasa dirahmatiMU"

Subscribe to:
Posts (Atom)