1. Takrif Manhaj
Takrif manhaj (minhaj) mengikut bahasa bermakna: jalan yang jelas terang (الطريق الواضح) .
Firman ALLAH SWT:) Maksudnya) "…bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan yang terang.." (Al-Maidah: 48)
Manakala manhaj dari segi istilah bermakna: sejumlah peraturan dan perancangan yang mempunyai objektif untuk melakukan perubahan.
2. Takrif Dakwah
Makna dakwah dari segi bahasa:
دَعَا يَدْعُو دَعْوَةً داعٍ (الداعي) مَدْعُو
دعا إلى عقيدته: بشَّر بها < دعا إلى الإسلام >
Maka dakwah juga dengan makna (النداء) : Seruan atau panggilan.
Dalam bahasa Melayu juga dakwah bermaksud: kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan.
Dakwah yang kita maksudkan ialah: Dakwah kepada ALLAH, firman-Nya:
(Maksudnya) "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku menyeru kepada (agama) ALLAH dengan keterangan dan bukti yang jelas nyata," (Yusuf; 108)
Yang dimaksudkan dengan dakwah kepada ALLAH ialah seruan kepada agama Islam.
(Maksudnya) "Sesungguhnya agama (yang diredai) disisi ALLAH hanyalah Islam." (Ali 'Imran: 19)
(Iaitu) Agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW daripada Tuhannya SWT. Maka Islam adalah maudhu' (isi kandungan) dakwah dan hakikatnya, dan ianya adalah asas pertama bagi dakwah.
Dr. Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya Usul ad-Da'wah telah membahagikan dakwah itu kepada 3 asas atau unsur. Pertama: Maudhu' dakwah; iaitu Islam. Kedua: Da'ie (pendakwah). Ketiga: Mad'uu (golongan yang ditujukan dakwah). Walau bagaimana pun, melalui kertas kerja ini kita hanya akan membicarakan mengenai dakwah menyeru manusia agar beriman kepada ALLAH.
Kertas kerja yang daif ini cuba untuk mengemukakan secara ringkas satu manhaj dalam berdakwah. Iaitu dakwah menyeru manusia supaya beriman kepada ALLAH. Ianya bukanlah kata pemutus dalam setiap perkara yang diketengahkan cuma sekadar satu suluhan mudah-mudahan ia akan memberi manfaat kepada kita semua.
Thursday, May 6, 2010
Thursday, February 18, 2010
::Tazkiyatu al-Nafsi::
Buat Pemimpin.....
"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat"
-Khalifah Abdul Malik Marwan
"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat"
-Khalifah Abdul Malik Marwan
Saturday, December 12, 2009
::Mas Kahwin @ Hantaran????::
Adalah patut selangor menaikkan mas kahwin rm300....mas kahwin bukan satu isu yang perlu di pertikaikan tetapi wang hantaran yang patut di pertikaikan oleh masyarakat kita kerana ia satu beban kepada bakal pengantin lelaki untuk mendapatkan wang yang ditentukan oleh pihak keluarga pengantin perempuan. sehingga ada bakal pengantin lelaki yang sanggup berhutang dengan bank semata-mata hendak mendapatkan wang hantaran...adalah tidak patut membebankan bakal pengantin kerana setelah berkhawin mereka jugalah yang akan menaggung hutang bank yang dipinjam untuk memenuhi wang hantaran yang ditetapkan oleh keluarga pengantin perempuan tersebut....Oleh itu mesyarakat kita patut sedar bahawa wang hantaranlah yang membebankan pihak pengantin lelaki untuk melangsungkan perkhawinan...mas kahwinlah yang merupakan lambang kasih sayang pengantin lelaki kepada wanita yang bakal dikahwini itu tapi bukan kepada berapa banyaknya wang hantaran.... wanita sekarang perlu menjelaskan perkara ini kepada keluarga mereka kerana Islam tidak mengajar umatnya menyusahkan orang lain untuk melakukan sesuatu kebaikan....memadailah dalam menetapkan wang hantaran sekadar yang pihak pengantin lelaki mampu kerana bakal pengantin tersebut akan menjadi sebahagian keluarga pengantin perempuan setelah berkhawin.... Adakah kita ingin melihat anak dan menantu kita hidup susah disebabkan membayar hutang bank yang dipinjam untuk memenuhi wang hantaran perkhawinan tersebut..... Fikir-fikirkanlah.....
Thursday, November 19, 2009
::Salam Aidiladha::
Pada Aidiladha kali ini marilah sama-sama kita merenung sedikit tentang harga sebuah pengorbanan seorang insan yang bergelar IBU......mungkin dicelah-celah kebahagian kita ada insan yang tidak pernah kenal erti kasih sayang seorang ibu.....hargailah dan hormatilah ibu kita selagi dia masih disisi kita......tidak dapat dihitung dengan wang ringgit kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.......tingginya martabat seorang ibu hingga "syurga terletak dibawah tapak kaki ibu".......ibu adalah pembimbing dan pendidik dalam membentuk keperibadian anak-anak.....jangan kita sekali-kali tinggikn suara kita kepada ibu......jagalah ibu kita hingga ke nafas terakhirnya sebelum dijemput Allah swt......IBU mungkin boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti dapat menjaga seorang ibu.....renungkan dan insaflah wahai anak-anak yang pernah menyakiti hati ibu mereka......IBU engkaulah RATU hatiKU
::peranan Mahasiswa::
1-Mahasiswa Sebagai “Iron Stock”
Mahasiswa dapat menjadi Iron Stock, yaitu mahasiswa diharapkan menjadi manusia-manusia tangguh yang memiliki kemampuan dan akhlak mulia yang nantinya dapat menggantikan generasi-generasi sebelumnya
2-Mahasiswa Sebagai “Guardian of Value”
Mahasiswa sebagai Guardian of Value berarti mahasiswa berperan sebagai penjaga nilai-nilai di masyarakat.
3-Mahasiswa Sebagai “Agent of Change”
Mahasiswa sebagai agen dari suatu perubahan
"MAHASISWA PEMBENTUK GENERASI BERTAMADUN"
Mahasiswa dapat menjadi Iron Stock, yaitu mahasiswa diharapkan menjadi manusia-manusia tangguh yang memiliki kemampuan dan akhlak mulia yang nantinya dapat menggantikan generasi-generasi sebelumnya
2-Mahasiswa Sebagai “Guardian of Value”
Mahasiswa sebagai Guardian of Value berarti mahasiswa berperan sebagai penjaga nilai-nilai di masyarakat.
3-Mahasiswa Sebagai “Agent of Change”
Mahasiswa sebagai agen dari suatu perubahan
"MAHASISWA PEMBENTUK GENERASI BERTAMADUN"
::tazkiyatu al-nafsi::
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang difikir menentukan apa yang akan dicapai.
Wednesday, September 16, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
