Friday, April 10, 2009

::Muhasabah Diriku::

semakin laju hari meninggalkan ku, semakin hampir aku untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupanku di universiti...tapi aku tertanya-tanya, adakah aku telah bersedia menghadapi hari-hari yang penuh liku selepas ini...aku takut diriku hanyut mengikut arus budaya sosial yang yang telah rosak...adakah sahabatku yang akan membimbingku kejalan Allah dan sentiasa mengigatkanku dalam hal agama, aku ingin mengubah sahabat-sahabatku yang tersilap langkah mereka tapi ilmu didadaku belum cukup untuk aku bertindak...aku sentiasa berdoa pada Allah supaya sahabat-sahabatku diberikan hidayah dan petunjuk agar mereka senang muhasabah diri mereka...jika aku seorang pemimpin aku tidak mahu menjadi pemimpin yang inginkan gelaran semata-mata, tapi aku ingin bersama-sama sahabat-sahabatku mencurahkan keringat walaupun pahit yang aku dapat tapi aku dapat berikan manis kepada semua sahabat-sahabatku....itulah erti kepuasan pada diriku dalam sesuatu program....aku tetapkan dalam hatiku, bukan mencari kekasih hati tujuan aku masuk ke universiti tapi aku ingin mencari ilmu dan pengalaman untuk aku bekalkan pada hari mendatang...aku ingin kedua ibubapaku merasai duit hasil titik peluhku sebagai ganti sebuah pengorbanan yang telah mereka curahkan padaku sejak aku dilahirkan....jika Allah takdirkan jodohku seorang wanita solehah aku sangat bersyukur kerana semoga dia dapat membimbing dan mengingatkanku dalam hal agama, itulah nikmat Allah yang paling berharga dalam hidupku kerana isteri yang solehah ibarat permata yang dapat menyinari kehidupan suami...Ya Allah kau murahkanlah rezekiku, kau lapangkanlah dadaku, kau tenangkanlah fikiranku, kau permudahkanlah setiap amalanku, kau ampunkanlah dosa kedua ibubapaku, kau berikanlah aku dan sahabat-sahabatku hidayah dan petunjuk jika kami dalam kebuntuan

No comments:

Post a Comment